MAC 2022

Kiosk Service Sarawak Beri Keselesaan Kepada Rakyat


BETONG: Pejabat baharu Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Bahagian Betong dilengkapi dengan Kiosk Service Sarawak untuk memberikan perkhidmatan bersepadu kepada rakyat.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi berkata, semua bil utiliti iaitu air, elektrik dan gas kini boleh dibayar melalui kiosk bayaran Service Sarawak yang sehenti dan bersepadu.

“Ini semestinya merupakan satu kelebihan kepada warga Betong kerana selain bil utiliti, kiosk ini juga menerima bayaran bil cukai pintu, bayaran balik pinjaman perumahan dan sebagainya,” katanya semasa berucap menyempurnakan majlis perasmian pejabat baharu JBALB Bahagian Betong, hari ini.

Menurutnya, kiosk Service Sarawak itu membolehkan orang ramai boleh menyemak bil terbaharu dikeluarkan JBALB dengan menggunakan MyKad atau nombor rujukan bil. 

“Mereka boleh membuat bayaran dengan menggunakan kad debit atau kad kredit serta semak sejarah bil dibayar melalui kiosk.

“Sehubungan itu, mereka yang kehilangan bil, tidak terima bil atau terlepas tarikh genap bayaran boleh menggunakan kemudahan kiosk untuk teruskan bayaran tanpa perlu pergi kaunter JBALB,” jelasnya.

Turut hadir ialah Pengarah JBALB Sarawak, Ir Chang Kuet Shian, Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Ir Alice Jawan.

Sumber dari : Jiwa Bakti